Relakah Hati Terus Mencintai? [Will the Heart Continue to Love?]
カートのアイテムが多すぎます
カートに追加できませんでした。
ウィッシュリストに追加できませんでした。
ほしい物リストの削除に失敗しました。
ポッドキャストのフォローに失敗しました
ポッドキャストのフォロー解除に失敗しました
Audible会員プラン 無料体験
-
著者:
-
Farisha Imani
このコンテンツについて
Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!
"Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu."–SHAWN .
Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.
"Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya."–SHAWN
Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
"Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya."–NABIHA
Tersentak dengan takdir cinta yang memilukan ini, Nabiha rela andai dirinya dilepaskan.
"Saya… saya lebih rela awak ceraikan saya…"–NABIHA
Kehidupan baharu dikayuh dengan lebih tabah. Namun ternyata bahagia yang diimpikan selama ini masih belum mahu berpihak kepadanya. Nabiha diuji lagi dengan ujian yang berganda berat. Penglihatannya yang sempurna telah diambil semula oleh Ilahi. Ya. Nabiha seorang gadis buta kini. Saat dia melangkah dalam kegelapan itu, hatinya telah disuluh oleh cahaya cinta dari seorang jejaka.
"Saya sukakan awak, Biha. Sejak dari kali pertama saya jumpa awak hati ni rasa sesuatu. Biha…relakah hati awak mencintai saya?"–NAZEEM
Dunia gelap Nabiha hampir dihujani warna-warni pelangi cinta daripada Nazeem. Sayangnya… satu kenyataan menyebabkan dunia yang gelap kekal gelita. Siapakah Nazeem yang tiba-tiba muncul dalam hidup Nabiha itu? Lelaki yang membawa cinta sejati atau seseorang yang hadir hanya untuk membuat luka lama berdarah kembali?
© 2018 by Farisha Imani. Published in paper format in Malaysia by Penerbitan Anaasa PLT, recorded by Storyside 2021.
Please note: This audiobook is in Malay.
©2022 Farisha Imani (P)2022 Storyside